YouTuber temui koleksi kereta bernilai £1 juta - termasuk sebuah kereta milik PM Malaysia!

oleh SALINA JALIL|
Pasangan YouTuber terkenal, Ben dan Eran menemui koleksi kereta klasik bernilai £1 juta, termasuk sebuah kereta milik Perdana Menteri Malaysia, di kubu bawah tanah yang ditinggalkan menurut laporan dari dailymail.uk.


Video dari Ben dan Eran, akaun bernama Lost Adventures, menerokai sebuah bangunan lama di Surrey, England - setelah melihatnya dari jauh selama beberapa tahun dan secara tidak sengaja telah menjumpai koleksi kereta vintaj dan mewah.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

 

Di antara koleksi yang menarik yang ditemui adalah termasuk pelbagai jenis kereta klasik British termasuk kereta lumba Formula 1, Bentley dan Bristol Cars. Mereka juga menemui teksi retro, beberapa prototaip kenderaan dan berbilang replika kayu.
 

 

Turut ditemui adalah sebuah kereta Proton Perdana yang pernah menjadi milik bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilaporkan dihantar ke Britain untuk membantu projek penyelidikan bahan api hibrid.

 

Bristol Cars adalah sebuah syarikat pengeluar kenderaan berskala kecil dengan semua kenderaan dibuat menggunakan tenaga manusia tanpa pengeluaran besar-besaran.

 

Tempat letak kereta terbiar itu adalah kemudahan penyimpanan untuk sisa stok mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Menurut Eran, mereka sudah lama memerhatikan bangunan tersebut kerana berasakan ada sesuatu yang sangat menarik tersimpan di situ.

 

“Ia seperti tidak dipedulikan, tersimpan dan berhabuk sejak bertahun-tahun lamanya,” katanya.

 

Pelelong item garaj berharga, David Fletcher, yang akan menguruskan penjualan koleksi antik tersebut menganggarkan nilai keseluruhannya adalah sekitar £1 juta (RM5.1 juta).

 

 

Video di bawah:

 

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada Free Malaysia Today, pembantu kepada Tun Dr. Mahathir mengesahkan bahawa…