Zapp i300 bakal mendarat di Eropah, Amerika Syarikat - buatan Thailand, harga dari RM38k

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pengeluar skuter elektrik dari British, Zapp Scooters merancang untuk membawakan model skuter baharu i300 untuk pasaran Eropah menjelang musim luruh ini, dan pasaran Amerika Syarikat pada awal tahun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada Reuters, motosikal buatan Thailand itu bakal dijual pada harga $8,995 (RM37,977) untuk edisi pelancaran, manakala model standard pula berharga $7,495 (RM31,644).
 

Zapp


Dari segi spesifikasi, Zapp i300 dikuasakan dengan motor elektrik 20 kuasa kuda dan daya kilas sebesar 587 Nm, dengan pecutan 0-50 km/j mengambil masa 2.35 saat manakala 0-70 km/j pula sepantas 4.1 saat.

Kelajuan tertinggi dihadkan kepada 96 km/j dan dengan pek bateri berkapasiti 72 Wh, skuter elektrik ini berupaya bergerak sejauh 60 km dengan menggunakan mod ECO.
 

Zapp


Selain mod ECO, Zapp i300 menawarkan dua lagi mod tunggangan iaitu POWER (output 14.7 hp) dan ZAPP (output 24 hp).

Dari segi kelengkapan, skuter ini datang dengan suspensi fork hadapan USD 31 mm, lengan ayun tunggal dengan penyerap hentak boleh laras pra-muatan, sementara brek pula terdiri daripada angkup empat omboh dan rotor jenis terapung 255 mm di hadapan, diikuti dengan angkup dua omboh dan rotor 220 mm di belakang.
 

Zapp


Menurut spesifikasi yang dirujuk pada laman web rasmi, Zapp i300 hanya boleh ditunggang tanpa kehadiran pembonceng, dengan had berat maksimum sebanyak 250 kg.

Laporan Reuters turut menyebut Zapp Scooters turut menerima khidmat nasihat daripada Tony Posawatz yang sebelum ini pernah mengetuai program kereta elektrik General Motors (Chevrolet Volt).

Sumber: Reuters