Zeekr 001 pecah rekod dunia - drift sepantas 207.996 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun yang lalu, sebuah Nissan GT-R (R35) yang dikendalikan oleh Kawabata Masato telah berjaya memecahkan rekod dunia dengan melakukan aksi drift sepantas 304.96 km/j.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tahun ini, cubaan untuk menjadi kereta drift terpantas kini dipegang oleh Zeekr 001, di mana pihak Geely telah berjaya mencatatkan rekod baharu di dalam Guinness World Record - akan tetapi di dalam kategori kenderaan elektrik (EV).

Malah, Zeekr 001 juga turut berjaya mencatatkan rekod slalom terpantas yang disempurnakan oleh sebuah EV.
 

Zeekr


Dalam cubaan terbaharu itu, Zeekr 001 yang merupakan versi produksi kepada Lynk & Co Zero Concept itu berjaya menjadi EV yang mampu drift sepantas 207.996 km/j, satu angka yang impresif walaupun tidak berjaya menyaingi rekod GT-R.

Zeekr juga turut menetapkan satu tanda aras baharu di mana ia mampu melengkapkan slalom 50 kon dalam masa 49.05 saat.
 

Zeekr


Mengikut spesifikasi, Zeekr 001 dikuasakan oleh motor elektrik berkembar yang mampu menghasilkan 536 hp dan 700 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.8 saat dan kelajuan tertinggi 200 km/j.

Terdapat dua pilihan pek bateri iaitu 86 kWh atau 100 kWh dengan jarak operasi maksimum mampu mencapai 700 km untuk sekali cas penuh.
 

Zeekr


Ia mampu menyokong pengecasan pantas 360 kW yang membolehkan Zeekr 001 menambah jarak 120 km dalam masa hanya lima minit sahaja.

Geely merancang untuk membangunkan sehingga 2,200 stesen pengecasan untuk jenama Zeekr di seluruh China menjelang akhir 2023.

Baca: Zeekr 001

Berita Berkenaan

Berita Global
Zeekr 001 didatangkan dengan kemaskini varian baharu yang dihasilkan terhad sebanyak 1,000 unit…