Zeekr 009 - minivan EV, platform SEA, jarak gerak 700 km, pelancaran rasmi 26 Ogos ini

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada jenama yang bernaung di bawah Geely, Zeekr bakal melancarkan sebuah lagi model EV baharu - kali ini dalam bentuk sebuah minivan Zeekr 009.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Sekali imbas, rekaan Zeekr 009 ini mengingatkan kita kepada model Kia Carnival baharu, namun dengan elemen seakan sebuah Rolls-Royce pada bahagian hadapan dan tidak ketinggalan kehadiran 154 unit lampu LED!
 

Zeekr


Dibangun menggunakan platform SEA (Sustainable Experience Architecture) Geely, Zeekr 009 membawakan ukuran sepanjang 5,209 mm, lebar 2,024 mm, tinggi 1,856 mm dengan jarak antara roda sepanjang 3,205 mm.

Sebagai perbandingan, Kia Carnival memiliki dimensi sepanjang 5,155 mm, lebar 1,995 mm, tinggi 1,740 mm dengan jarak antara roda yang sedikit pendek, 3,090 mm.
 

Zeekr


Antara ciri menarik yang boleh dilihat termasuklah bumbung bulan kecil, bumbung kaca panorama di bahagian tempat duduk belakang, spoiler kecil belakang, unit lampu LED belakang melintang penuh, komponen jeriji hadapan yang agak besar, serta rekaan lampu utama berlapis dengan lampu nyalaan siang LED menegak.

Ruang kabin pula menempatkan tempat duduk balutan upholsteri kulit premium dengan rekaan geometri, sistem infotainmen jenis terapung dan juga konfigurasi tiga baris tempat duduk.
 

Zeekr


Tiada sebarang maklumat berkenaan trenkuasa elektrik yang digunakan, melainkan jarak operasi sejauh 700 km yang boleh dicapai menggunakan data NEDC.

Lebih banyak info bakal diketahui menjelang pelancaran rasmi Zeekr 009 di acara Chengdu Motor Show pada 26 Ogos ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Antara pengeluar terbaharu yang bakal menawarkan model MPV kelak ialah Volvo. Ya, pengeluar yang…
Berita Global
Dalam slaid pembentangan perancangan tahun 2023, presiden Volvo China mengumumkan kehadiran model…
Berita Global
Jenama Zeekr merupakan jenama yang memfokuskan pada pasaran lebih premium berasingan dari Volvo.…