Zeekr 009 Ultra Luxury Dinobatkan Malaysia Car of the Year MCOTY 2025, 7X AWD Performance Menang SUV of the Year

oleh Qalif Latif|
Zeekr Intelligent Technology Malaysia mencatat pencapaian besar apabila Zeekr 009 Ultra Luxury diumumkan sebagai Overall Malaysia Car of the Year 2025 di Malaysia Car of the Year (MCOTY) Awards. Selain anugerah utama itu, model MPV elektrik premium tersebut turut membawa pulang pengiktirafan Best xEV of the Year dan MPV xEV of the Year.

Dalam masa sama, Zeekr 7X AWD Performance turut diangkat sebagai SUV of the Year bagi kategori harga RM 200,000.00 hingga RM 500,000.00, sekali gus mengukuhkan kedudukan Zeekr dalam segmen EV premium di Malaysia.

MCOTY yang dianggap antara anugerah automotif paling berpengaruh di Malaysia ini menilai kenderaan melalui proses pengadilan yang ketat, dengan panel juri bebas terdiri daripada pemandu profesional, wartawan automotif dan pemain industri. Penilaian dibuat merangkumi pelbagai kriteria termasuk appearance, safety, ergonomics, value for money, practicality, performance, energy efficiency dan warranty coverage.
 Malaysia Car of the Year
 

Momentum kukuh Zeekr di Malaysia: 2,560 unit dihantar pada 2025

Kemenangan di MCOTY 2025 ini hadir ketika Zeekr sedang berada dalam fasa pertumbuhan agresif di pasaran tempatan. Pada Disember 2025, syarikat meraikan penghantaran kenderaan ke-2,000 dan berdasarkan data pendaftaran JPJ, Zeekr menutup tahun 2025 dengan 2,560 unit kenderaan dihantar di seluruh negara.

Eddy Lu, General Manager Zeekr Intelligent Technology Malaysia, menyifatkan pengiktirafan ini sebagai bukti keyakinan pelanggan serta industri terhadap Zeekr, di samping memperkukuh komitmen jenama itu untuk terus membawa EV premium yang menggabungkan technology, safety, refinement dan value ke Malaysia.

Zeeker

 

Zeekr 7X jadi tulang belakang jualan, sumbang 70% volume 2025

Selain 009, Zeekr turut menekankan peranan besar Zeekr 7X dalam mempercepatkan penembusan jenama itu di Malaysia. Sebagai model flagship EV Zeekr Malaysia, 7X digambarkan menawarkan gabungan premium technology, advanced safety features serta pengalaman pemanduan yang menonjol.

Menariknya, Zeekr memaklumkan 7X kini menjadi antara model paling laris dalam kalangan pengguna tempatan dan menyumbang sekitar 70% daripada jumlah jualan Zeekr Malaysia bagi 2025. Kejayaan 7X ini dilengkapkan oleh 009 yang kekal sebagai pilihan unik dalam segmen premium luxury MPV.

Isyarat keyakinan industri terhadap EV semakin kuat

MCOTY turut dilihat sebagai penanda aras trend automotif tempatan sejak lebih dua dekad, dan kehadiran EV dalam senarai pemenang dianggap menggambarkan perubahan besar industri ke arah mobiliti pintar serta lebih lestari. Zeekr turut menyentuh bahawa pasaran menyaksikan peningkatan ketara pendaftaran battery electric vehicle pada hujung 2025, menunjukkan penerimaan EV semakin kukuh.

Senarai kemenangan Zeekr di MCOTY 2025

Overall Malaysia Car of the Year 2025: Zeekr 009 Ultra Luxury
Best xEV of the Year: Zeekr 009 Ultra Luxury
MPV xEV of the Year: Zeekr 009 Ultra Luxury
SUV of the Year (RM 200,000.00 hingga RM 500,000.00): Zeekr 7X AWD Performance

Dengan kemenangan ini, Zeekr menegaskan komitmen untuk menyokong peralihan Malaysia ke arah mobiliti yang lebih maju dan mampan, di samping terus memperluas kehadiran serta mempertimbangkan lebih banyak model premium untuk dibawa masuk ke pasaran tempatan.