ZEEKR 7X Off-Road Weekend: Pandu Uji ZEEKR 7X Di Sepang

oleh Qalif Latif|
ZEEKR Malaysia menganjurkan program “ZEEKR 7X Off-Road Weekend” pada 24 Januari 2026 di Lakeside Cafe, Sepang International Circuit (SIC), Selangor, bagi memberi peluang kepada wakil media memandu uji model ZEEKR 7X dalam pelbagai situasi pemanduan merangkumi ujian atas jalan raya, modul off-road dan litar.

ZEEKR Malaysia turut berkongsi prestasi jualan tahun lalu, memaklumkan bahawa jumlah jualan keseluruhan ZEEKR di Malaysia pada tahun 2025 melebihi 2,500 unit, dengan sekitar 70% daripada angka tersebut disumbangkan oleh model ZEEKR 7X.

Selain itu, ZEEKR Malaysia memaklumkan varian ZEEKR 7X Performance turut menjadi pilihan EV pertama penyanyi legenda tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang menerima unit ZEEKR 7X pada Disember lalu. Penerimaan tersebut turut menandakan beliau sebagai pemilik ZEEKR ke-2,000 di Malaysia.

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

 

Aktiviti pemanduan: On-road, slalom dan modul off-road

Dalam jadual aktiviti, pengalaman dibahagikan kepada dua komponen utama. Untuk on-road, peserta dibawa melalui laluan pemanduan sekitar 25 km, dengan pertukaran pemandu pada beberapa stop point dan jarak pemanduan setiap peserta sekitar 7 hingga 8 km. Terdapat juga segmen “Dynamic Drive” yang memfokuskan kawalan acceleration, braking serta pengendalian melalui slalom.

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

Bagi modul off-road, peserta diuji dalam obstacle course dan “Adventure Drive” menggunakan Off-Road Mode merentas permukaan berbeza. Antara halangan yang diketengahkan termasuk side slope, steep hill climb dan descent, elephant steps serta water wading. Program ini turut menyediakan “Rally Experience Taxi Ride” bersama pemandu rally profesional untuk peserta yang mahu merasai simulasi rally stage sebagai penumpang.

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

 

Hill Descent Control: bantu turun cerun lebih stabil

Antara teknologi yang diterangkan dalam taklimat ialah Hill Descent Control (HDC). Sistem ini mengawal kelajuan ketika menuruni cerun berdasarkan target speed yang ditetapkan pemandu, sekali gus membantu pemanduan turun bukit lebih stabil tanpa perlu menekan pedal brek secara berterusan. Mengikut penerangan, HDC akan aktif pada kelajuan bawah 40 km/j dan akan dinyahaktifkan secara automatik apabila kelajuan melebihi 60 km/j.

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

 

Pelarasan ketinggian casis: ground clearance sehingga 230 mm

ZEEKR turut menekankan ciri pelarasan ketinggian casis secara manual untuk menambah keyakinan ketika melalui halangan. Dalam paparan, ground clearance maksimum dinyatakan sehingga 230 mm, manakala satu lagi setting lebih rendah dipaparkan pada 184 mm. Dari sudut geometri off-road, approach angle ditunjukkan pada 22 darjah atau 19 darjah, manakala departure angle 23 darjah atau 19 darjah bergantung pada setting. Secara ringkas, semakin tinggi setting, semakin besar margin untuk melalui cerun dan halangan.

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

 

Lightning Switch Intelligent 4WD: logik 2WD dan 4WD ikut situasi

Sistem “Lightning Switch Intelligent 4WD” diposisikan sebagai logik pengurusan cengkaman mengikut situasi. Untuk pemanduan harian, sistem menekankan 2WD bagi kecekapan tenaga. Apabila perlukan traction tambahan, sistem boleh mengaktifkan Intelligent 4WD dengan tindak balas pantas, dan untuk off-road, mod Full-Time 4WD memberi fokus pada traction dan stability.

ZEEKR 7X Off-Road Weekend

 

Ringkasan tiga varian ZEEKR 7X untuk pasaran Malaysia

  • ZEEKR 7X RWD Standard

    • Output: 310 kW

    • Architecture: 800V

    • Bateri: 75 kWh (LFP)

    • Jarak pemanduan: WLTP 480 km

  • ZEEKR 7X RWD Long Range

    • Output: 310 kW

    • Architecture: 800V

    • Bateri: 100 kWh (NMC)

    • Jarak pemanduan: WLTP 615 km

  • ZEEKR 7X AWD Performance

    • Output: 475 kW

    • Architecture: 800V

    • Bateri: 100 kWh (NMC)

    • Jarak pemanduan: WLTP 543 km


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam masa sama, Zeekr 7X AWD Performance turut diangkat sebagai SUV of the Year bagi kategori…
Berita Domestik
Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh General Manager Zeekr Intelligent Technology Malaysia…
Berita Domestik
Pengalaman Premium di Zeekr House Di Juru Autocity, pelanggan boleh mengunjungi Zeekr House yang…