Kerjasama strategik ini bukan sahaja memperluaskan rangkaian jualan ZEEKR di Malaysia, malah turut memperkukuh aspek selepas jualan menerusi jaringan Carro Care. Antara perancangan awal termasuk pembukaan empat lagi bilik pameran ZEEKR Space di lokasi strategik seperti Juru Autocity, Lembah Klang dan Seremban, serta tiga bengkel Carro Care yang bakal memberikan perkhidmatan servis, penyelenggaraan, baik pulih dan pemeriksaan EV.

Buat masa ini, ZEEKR mempunyai tiga lokasi ZEEKR Space iaitu di Petaling Jaya dan IOI Mall Puchong, dengan tempahan model ZEEKR juga boleh dibuat secara atas talian di laman web rasmi Carro.
Dua model utama yang ditawarkan oleh ZEEKR di Malaysia ialah MPV mewah ZEEKR 009 dan SUV ZEEKR X:
Harga atas jalan (tidak termasuk insurans):
🔹 ZEEKR 009:
-
Executive (7-tempat duduk FWD) – RM310,000 (untuk 500 tempahan pertama)
-
Luxury (7-tempat duduk AWD) – RM349,800
-
Ultra Luxury – RM359,800
🔹 ZEEKR X:
-
Premium – RM155,800
-
Flagship – RM172,800
Dengan sokongan infrastruktur Carro dan teknologi canggih ZEEKR, pelanggan di Malaysia kini mempunyai lebih banyak pilihan dalam dunia mobiliti elektrik premium yang semakin berkembang.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, layari:Â https://carro.co/zeekr