Zeekr X versi RHD sudah mula diproduksi, bakal dihantar pada Q3 tahun ini

oleh Firdaus Razani|
Kenderaan elektrik premium (EV) dibawah Geely Holding Group, Zeekr telah memulakan pengeluaran besar-besaran varian pemanduan kanan (RHD) bagi model SUV Zeekr X.

Produksi tersebut juga adalah sebagai persediaan untuk penghantaran ke luar negara akhir tahun ini.

RHD SUV Zeekr X telah dilancarkan secara rasmi dari barisan pengeluaran dan penghantaran dijangka bermula pada suku ketiga, kata syarikat itu dalam catatan Weibo baru-baru ini.

 

zeekr

 

Zeekr akan memasuki pasaran pemanduan sebelah kanan sepenuhnya apabila globalisasi terus meningkat, katanya.

Penghasilan model RHD adalah kerana beberapa negara dan wilayah di Asia Tenggara, negara Komanwel dan beberapa negara pulau menggunakan model pemanduan sebelah kanan.

Pada 25 Mac lalu, Zeekr mula menerima tempahan untuk versi RHD bagi Zeekr X dan model MPV Zeekr 009 di Thailand.

 

zeekr
Zeekr 09

 

Zeekr Thailand akan bekerjasama dengan beberapa pengedar kereta untuk meneroka pasaran, dan penghantaran tempatan kenderaan akan bermula pada suku ketiga, menurut kenyataan yang dibuatnya pada masa itu.

28 Disember lalu, Zeekr turut menandatangani perjanjian perkongsian dengan Premium Auto di Singapura untuk memasuki pasaran negara itu.

 

zeekr

 

Zeekr akan melancarkan Zeekr 009 dan versi RHD Zeekr X di Singapura, dengan penghantaran bermula pada suku ketiga 2024, kata syarikat itu pada waktu itu.

Pada 26 Oktober 2023, Zeekr turut menandatangani perjanjian dengan pengedar tempatan Kam Lung Motor Group di Hong Kong untuk berkembang ke pasaran Hong Kong dan Macau.

 

Laporan penuh di CNEVpost

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan The Business Times, dua model pertama yang akan dibawa masuk oleh pengedar sah…
Berita Global
Sambutan yang diterima cukup memberangsangkan apabila syarikat dibawah naungan Geely itu berjaya…
Model Terbaharu
Hadir sebagai pesaing kepada Tesla Model S Plaid, Zeekr 001 FR menampilkan empat motor elektrik…