Zero kemaskini harga barisan motosikal elektrik - beri jarak operasi lebih jauh

oleh Mohamad Hanif|
Zero telah mengemaskini barisan motosikal elektrik model 2019 mereka dengan beberapa penambahbaikan dilakukan terutama kepada aspek kuasa, dan juga jarak pengoperasian sebenar yang boleh dicapai.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Walaupun secara asasnya ia masih motosikal elektrik, Zero mengekalkan rupa bentuk konvensional sebuah motosikal bagi menarik perhatian para pembeli berpotensi, seperti yang anda bakal lihat menerusi senarai di bawah. 
 


Untuk model dual sport Zero DS menerima kemaskini major dengan varian terendah kini menerima sistem bateri ZF7.2 yang memberikan peningkatan kuasa sebanyak 35% dan kelajuan tertinggi 8% berbanding model terdahulu. 

Zero juga mendatangkan pilihan bateri ZF14.4 yang terpasang pada Zero DSR untuk model DS yang memberikan jarak sejauh 386 km di dalam bandar dan 156 km untuk kegunaan bandar. 
 


Untuk Zero DSR, pihak Zero menawarkan pelbagai aksesori menarik untuk dipilih seperti dual-sport windscreen, tank grip, pelindung tangan serta soket kuasa 12V. 
 


Aksesori Charge Tank ditawarkan untuk mengisi kembali kapasiti bateri enam kali lebih pantas berbanding pengecas konvensional di rumah, memberikan jarak pengoperasian 136 km dalam masa hanya sejam. 

Ia juga turut diberikan ciri Long Term Storage Mode membolehkan motosikal menggunakan kuasa yang rendah dalam usaha untuk memanjangkan lagi jangka hayat bateri utama.

Berikut merupakan senarai harga bagi motosikal Zero:

Zero DS (ZF7.2) - US$10,995 (RM45,881++)
Zero DS (ZF14.4) - US$13,995 (RM58,400++)
Zero DSR (ZF14.4) - US$16,495 (RM68,636++)

*mengikut kadar pertukaran wang semasa

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan penampilan reraup penuh aerodinamik yang menambahkan lagi tahap cool motosikal elektrik ini…
Berita Global
Model 2020 SR/F yang baru dilancarkan oleh mereka ini mempunyai 110 hp dan daya kilas pada 190 Nm…