Zero SR/S bertugas sebagai jentera penghantar bekalan darah di Scotland

oleh Mohamad Hanif|
Jika sebelum ini kami pernah menyiarkan sebuah jentera trak bomba berkuasa elektrik dengan bantuan unit range-extender, kali ini sebuah motosikal berkuasa elektrik diberikan kepercayaan untuk mengendalikan tugas menyelamat manusia.

Organisasi Blood Bikes Scotland baru-baru ini mendapat geran daripada Keep Scotland Beautiful dan Greener Scotland yang membolehkan mereka membeli sebuah motosikal Zero SR/S.

 


Motosikal berkuasa elektrik ini akan digunakan bagi menghantar bekalan darah, sampel, PPE dan barangan perubatan antara hospital-hospital dan juga fasiliti kesihatan yang berdekatan.

Untuk memastikan keselamatan di atas jalan raya, keseluruhan panel luaran Zero SR/S ini ditampal dengan decal pemantul cahaya daripada PVL, unit kamera daripada Innovv, pengurusan penjejak daripada RAM Tracking serta kotak pannier daripada Shad.

 


Zero SR/S memiliki output 110 kuasa kuda, daya kilas 190 Nm, kelajuan tertinggi mencapai 200 km/j, masa pengecasan pek bateri 12.6 kWh selama 60 minit dan jarak operasi sifar emisi sejauh 259 km atau 322 km dengan menggunakan opsyen Power Tank.

Sistem suspensi adalah daripada Showa 43 mm Big Piston Separate Function hadapan, Showa 40 mm piston di belakang, sistem kestabilan Bosch, brek J-Juan dengan angkup empat omboh dan rotor 320 mm depan, serta angkup omboh tunggal dan rotor 240 mm di bahagian belakang.

Rim pula bersaiz 17 inci yang dibaluti tayar Pirelli Diablo Rosso III 120/70 depan dan 180/55 di belakang.

 


Harga jualan bermula dari $19,995 (RM82,929) dan ini merupakan satu langkah yang tepat memandangkan Eropah kini sedang beralih kepada penggunaan kenderaan yang lebih mesra alam.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dengan penampilan reraup penuh aerodinamik yang menambahkan lagi tahap cool motosikal elektrik ini…