ZF ada idea baharu, ubah lokasi beg udara dari tengah ke atas stereng!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Beg udara ZF Lifetec
Beg udara ZF Lifetec
Selama berdekad lamanya reka bentuk stereng tidak berubah.

Bukan tidak berubah langsung, pengeluar bermain dengan sejumlah butang termasuk jenis sentuh, bentuk D dan yoke (stereng separuh).

Selain itu, beg udara kekal berada di tengah sejak puluhan tahun lalu dan cadangan dari ZF Lifetec (subsidiari ZF) ini satu yang menarik.

Ubah dari tengah ke gegelung atas! 

Berada di tengah merupakan tempat ideal untuk beg udara dan stereng BMW M Performance memanfaatkan gelung atas untuk memaparkan pelbagai maklumat.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025
ZF Lifetec airbag 2024.02

 

Menurut ZF Lifetec, rekaan itu membolehkan stereng direka ala telefon pintar dengan kawalan sistem maklumat hibur dan bantuan boleh diletakkan di atas satu panel.

Rekaan itu juga dapat menyeragamkan papan pemuka dan kawalan digital dan pada pendapat penulis, ala kereta lumba Formula 1.

Bagaimana beg udara keluar? Sekiranya berlaku kemalangan, beg udara dikeluarkan dari bahagian atas gelung dan labuh ke atas hab dan ke arah pemandu.

Bayangkan reka bentuk dalaman kereta hari ini dengan skrin besar, butang digital, bermain dengan garis dan dipadankan bersama stereng sekata tanpa bonjolan beg udara.

Nampak kemas bukan? Skrin sekata juga membolehkan pelbagai kemungkinan termasuk skrin pada bahagian tengah.

Tidak hanya butang jenis sentuh, pengeluar juga boleh letakkan butang jenis fizikal atau tombol. Baru betul kereta F1!

 

Rudolf Stark CEO ZF LIFETEC

 

Menurut ZF Lifetec, fungsi pada stereng juga boleh ditambah pengesanan tangan yang sudah menjadi ciri pada kereta hari ini.

Sensor kapasitif di bawah balutan permukaan kulit mengesan sama ada pemandu hanya sekadar menyentuh atau mengenggam stereng.

Satu lagi mengenai stereng ZF Lifetec ialah bentuk D pada bahagian atas.

Pemandu seperti di arah untuk mengenggam sisi atau pada kedudukan 10 - 2 atau 3 - 9 dan bukan di atas. 

Mungkin ini jawapan kepada yang tertanya bagaimana beg udara keluar atau risiko jika tangan mengenggam gelung atas stereng.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
ZF merupakan syarikat dari German yang terkenal dalam menghasilkan transmisi automatik, baru-baru…
Berita Global
Namun, ia sebenarnya sudah cukup buat para jurutera Toyota untuk menggunakannya sebagai asas bagi…
Berita Global
Kempen tersebut bertujuan untuk menggantikan beg udara sebelah pemandu yang bermasalah dan mampu…