Zhurong - kenderaan robotik China berjaya mendarat di Marikh

oleh SALINA JALIL|
Sebuah kenderaan robotik milik China, Zhurong selamat mendarat di permukaan planet Marikh, lapor agensi berita tempatan negara itu.


Lapor BBC, kenderaan robotik enam roda mendarat di Utopia Planitia, sebuah kawasan luas yang terletak di hemisfera utara planet tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kenderaan robotik itu dilengkapi dengan kapsul perlindungan, payung terjun dan platform roket untuk membuat pendaratan.

 

Ia dianggap sebagai satu pencapaian menakjubkan memandangkan kesukaran untuk melakukan proses pendaratan di permukaan planet itu.

 

China menjadi negara kedua yang berjaya mendarat kenderaan robotik di Marikh selepas Amerika Syarikat (AS).

 

zhurong

 

Zhurong yang bermaksud dewa api dalam mitos Cina, dibawa ke Marikh oleh kapal angkasa Tianwen-1 yang memasuki orbit planet itu pada Februari lalu.

 

Sejak tiga bulan lalu, kapal angkasa itu meneroka Utopia, merakam beberapa gambar untuk mengesan kawasan selamat untuk mendarat.  

 

Objektif penerokaan itu bertujuan memilih lokasi yang selamat daripada kawah dan batu besar di planet tersebut.

 

Jarak untuk ke Marikh adalah kira-kira 320 juta kilometer (km) yang mana penghantaran mesej radio mengambil masa hampir 18 minit untuk sampai ke bumi.

 

 

– AGENSI