Zurich Malaysia sumbang lebih RM168,000 sempena sambutan Ramadhan dan Aidilfitri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sempena meraikan musim perayaan ini, Zurich Malaysia melalui temanya “Meraikan Kebersamaan” telah menyumbang lebih RM168,000 sebagai sokongan kepada komuniti merentasi pelbagai organisasi tempatan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Inisiatif itu selari dengan komitmen berterusan Zurich terhadap #CareForWhatMatters, dan sumbangan tersebut mencerminkan usahanya dalam bergerak melangkaui retorik dan mengambil tindakan yang bermakna untuk menyokong komuniti setempat.

Pada majlis Rumah Terbuka Raya Zurich 3 Mei lepas, Zurich telah menyerahkan RM60,000 sumbangan zakat kepada Masjid Jamek Abdullah Hukum, bagi menunaikan kewajipan korporat sebagai entiti perniagaan Islam melalui cabang Takaful Keluarga dan Am Zurich.

RM60,000 turut diagihkan semasa majlis Iftar Muzakki dengan Pusat Pungutan Zakat, dan RM40,000 untuk Rumah Amal Permata Hatiku dan Persatuan Pengajian Al-Quran Anak-anak Pekak.

Manakala RM20,000 lagi diagihkan sebagai duit raya kepada 100 anak yatim dan kanak-kanak berkeperluan khas dari kedua-dua organisasi tersebut.

Di samping itu, sokongan kewangan bernilai kira-kira RM23,000 turut disalurkan kepada program CSR pasca banjir Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Takaful-4-All (T4A) di Tangkak, Johor.

Bagi mengiktiraf aktiviti kesukarelawanan dan sokongan komuniti yang dijalankan oleh warga Zurich Malaysia pada tahun 2022, Yayasan Z Zurich turut menyalurkan sumbangan kepada Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) dan Yayasan Amal Budimas.

Selain itu, pada 19 April di bulan Ramadhan, Zurich juga telah memperluaskan jangkauan komuniti ke Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, sebuah rumah dibiayai persendirian yang berpangkalan di Kota Damansara

Pusat jagaan itu kini sedang menampung 35 anak yatim dan kanak-kanak kurang bernasib baik dengan keadaan keluarga yang malang.

Pasukan Zurich telah menyumbang pelbagai barangan serta terlibat dalam pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, diikuti dengan satu majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak berkenaan.

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Untuk kawasan pantai timur semenanjung, hujan lebat serta angin kencang telah diramalkan akan…
Berita Domestik
Musim tengkujuh timur laut turut dijangka turun bersama kehadiran fenomena La Nina sehingga 2023.…
Berita Domestik
Ia bagi menambahkan lagi perkhidmatan yang disediakan syarikat konsesi lebuh raya tersebut dan…