SYM Sport Rider 125i dilancar - ada campur tangan Malaysia!

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

SYM Malaysia melancarkan model Sport Rider 125i, motosikal kelas underbone pertama mereka yang menggunakan suntikan bahan api (fuel injector).

Model kapchai yang dilancarkan pertama kalinya di dunia itu menampilkan rekabentuk dengan input-input dari Malaysia.

Menurut Asri Ahmad, pengurus jualan nasional dan perancangan produk untuk Mforce Bike Holdings (pengimport, pemasang dan pengedar SYM Malaysia), pihak MForce bekerjasama dengan SYM (Sanyang Motor) yang beribu pejabat di Taiwan.

[caption id="attachment_15492" align="aligncenter" width="620"]P1060878 Asri Ahmad berkongsi info akan produk terbaharu SYM ini.[/caption]

"Kami memberikan mereka input dari segi rekabentuk dan ciri-ciri yang disukai oleh pasaran Malaysia," ujar Asri.

"Kerana itu, model ini dilancarkan secara global di Malaysia dahulu, kemudian diikuti oleh Vietnam pada bulan Oktober nanti."

Selain dari itu, SYM juga memastikan ia lulus piawaian keselamatan Malaysia dan juga lasak dari segi teknikal.

Di bawah ialah ciri-ciri teknikal Sport Rider 125i ini:

  • Enjin: 1-silinder 123 cc sejujan udara, EFI, 2-injap SOHC DC CDI
  • Kuasa maksimum: 9.5 PS @ 8,000 rpm
  • Tork masikum: 10.8 Nm @ 5,500 rpm
  • Sistem penghidup - Elektrik dan tendang
  • Saiz tangki: 4.2 liter
  • Transmisi: 4-kelajuan putaran Auto
  • Kerangka: underbone
  • Berat bersih: 107 kg
  • Brek: Cakera dengan angkup dua piston (depan); Gelendong atau drum (belakang)
  • Saiz tayar: 70/90-17 38P (depan); 80/90-17 50P (belakang) - tanpa tiub
[gallery size="medium" ids="15493,15494,15495"]

Beberapa ciri-ciri mantap dapat dilihat dan ia bakal membuatkan anak muda teruja. Antara yang kami kira menarik ialah:

  • Panel meter digitial lengkap dengan takometer
  • Lampu DRL (Daytime Running Light) dari jenis LED
  • Lampu brek belakang LED
  • Brek cakera depan dua angkup
  • Muffler ekzos dengan sarung besar sporty
  • Pembuka pelana dengan butang elektrik
  • Bar pemegang belakang sporty
  • Sistem gantungan belakang dengan tabung reservoir hidraulik
  • Penutup tepi dengan gaya kerangka ala "Trelis-frame" seperti Ducati
[gallery size="medium" ids="15497,15498,15499,15501,15502,15503"]

Juga menarik ialah waranti tiga tahun atau 30,000 km, yang mana dahulu termasuk setahun atau 10,000 km jaminan enjin.

Harga untuk model Sport Rider 125i ini ialah RM5,777 (harga jualan dengan 6% GST) bagi model biasa dengan pilihan warna kuning, biru atau merah dan RM5,904.20 (harga jualan dengan 6% GST) untuk model 125i SE (warna hitam mati).

[gallery size="medium" ids="15502,15503,15504,15505,15506,15507,15508,15509,15510,15511,15512,15513,15514,15515"]