Pencapaian baik punca SYM Sportrider 125i dilancar di sini

oleh Careta.my|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Seperti yang telah kami umumkan semalam, SYM Malaysia telah melancarkan model Sport Rider 125i, yang merupakan motosikal underbone pertama mereka yang menggunakan suntikan bahan api (fuel injection). Model ini direkabentuk dengan penglibatan maklumbalas dari orang tempatan kita sendiri. Sewaktu sidang akhbar yang dijalankan selepas pelancaran motosikal ini, beberapa fakta telah diperjelaskan. Antaranya adalah bahawa Malaysia merupakan negara pertama didunia yang melancarkan motosikal ini, mendahului Vietnam yang hanya akan melancarkan motosikal ini pada bulan Oktober kelak. Ini adalah satu penghormatan kepada SYM Malaysia setelah lapan tahun mengedarkan motosikal jenama tersebut. Walaupun jumlah keseluruhan jualan SYM di negara ini adalah kecil dari segi jumlahnya, namun SYM amat gembira dengan pencapaian SYM malaysia yang berjaya menawan 15% dari jumlah jualan motosikal di Malaysia. Rekabentuk lampu isyarat motosikal ini adalah menepati penarafan piawaian Euro3 yang menghendaki jarak 180mm bagi lampu isyarat belakang, manakala lampu isyarat depan harus terpisah dengan jarak 240mm. SYM juga member keyakinan bahawa mereka telah mempertingkatkan khidmat lepas jualan mereka, termasuklah unit bergerak yang sering mengelilingi negara untuk memberi khidmat mereka. IMG_7454 IMG_7451 IMG_7434 Sym Sport Rider 125i ini ditawarkan pada harga RM5,777 (termasuk GST) bagi model biasa dengan pilihan warna kuning, biru atau merah dan RM5,904.20 untuk model 125i SE Edisi Khas yang berwarna hitam legap. Ia dikatakan sebagai model suntikan bahanapi 125cc yang paling murah dalam pasaran kini. IMG_7428