Nampaknya Nissan memang mahu menggunakan konsep Nismo kepada model-model mereka yang tidak disangka.
Sebelum ini, kereta elektrik mereka, Nissan Leaf menerima suntikan Nismo agar nampak lebih garang.
Kali ini, Nissan nampaknya mahu menarik perhatian kaum bapa dengan Nissan Serena Nismo yang bakal ditayangkan semasa Pameran Kenderaan Tokyo hujung bulan ini.
Serena Generasi Kelima ini belum lagi dilancarkan di Malaysia tetapi konsep MPV kotak akuarium ini masih digunakan. Ia mungkin kelakar didengar tetapi konsep tinggi ini yang menyebabkan Serena generasi kelima dan juga yang keempat itu sangat-sangat praktikal.
Walaupun ia hanya selebar sebuah sedan segmen-C, ia mempunyai keluasan kabin yang mampu memuatkan lapan orang dewasa dengan selesa.
Tak cukup dengan itu, ruang kargo yang luas membolehkan ia membawa lebih banyak barang dari sebuah trak pikap.
Bagi generasi kelima ini, Serena baharu ini nampak lebih stylo dengan lampu hadapan yang dibahagi dua ala Toyota Vellfire lama.
Untuk varian Nismo, nampaknya bumper depan dan belakang dilengkapi dengan ruang-ruang kemasukan udara serta garisan merah yang memang sinonim dengan Nismo.
Ruang dalam lebih bergaya dengan papan pemuka baharu.
Adakah Edaran Tan Chong Motor akan membawa masuk Serena ini?
Careta sendiri tidak tahu kerana syarikat itu sudah langsung tidak kedengaran sejak lebih dari tiga bulan!