Ben Spies kembali berlumba?

oleh HEZERI SAMSURI|
AION MREC Banner Campaign May 2024

Pelumba MotoGP popular, Ben Spies mengumumkan persaraan beliau selepas musim MotoGP 2013 kerana kecederaan pada bahunya yang menyukarkan beliau untuk berlumba.

Namun begitu gambar-gambar dari media sosial beliau menunjukan bahawa Spies akan kembali berlumba, bukan di dalam MotoGP tetapi pada perlumbaan di MotoAmerica di US.

Spies yang berusia 33-tahun ini dikahbarkan berusaha gigih untuk kembali pulih dan berita ini adalah berita yang menggembirakan untuk jutaan peminat beliau.

Spies (cara sebutan ialah Speez) popular dengan teknik selekoh yang sangat rendah sehingga siku beliau mencecah trek.

Do come back Spies!