Menurut AutoCar India, Nissan tidak mahu almera baharu menjadi terlalu panjang.
Ia mahukan bentuk yang lebih seimbang dan melihat Honda City , Hyundai Verna dan Suzuki Maruti Ciaz sebagai saingannya.
Mungkin akhirnya Nissan terperasan bahawa Almera sekarang mempunyai rekabentuk yang cuma boleh dihayati dan disukai oleh penciptanya sahaja.
Enjin Almari ini juga dikatakan akan menggunakan enjin 1.5L 106hp baharu yang digunakan pada SUV Duster.
Dan jika ia sampai di Malaysia, pasti akan ada varian Impul.