Andrea Iannone ikat kontrak dua tahun selaku duta HJC Helmet

oleh Afandi Che Muhamad|
Pelumba pasukan Suzuki Ecstar, Andrea Iannone baru-baru ini dilantik sebagai duta HJC Helmet bagi tempoh dua tahun.

Sepanjang tempoh itu, Iannone akan menyarungkan helmet HJC RPHA 11 Pro (edisi khas) pada setiap perlumbaan yang disertainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, pelumba digelar 'The Maniac Joe' itu bakal turun pada saingan Kejuaraan Mosikal Dunia (MotoGP) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) tidak lama lagi.

Bercerita serba sedikit mengenai helmet edisi khas itu, ia berupaya meredah tamparan angin pada kelajuan 322 kilometer sejam (kmsj).

Memetik Iannone sebagai berkata kepada sebuah portal automotif antarabangsa, dia begitu teruja menjadi sebahagian daripada keluarga besar HJC.

"HJC dikenali dengan tradisi penawaran helmet perlumbaan berkualiti, ia merupakan jenama berpengaruh pilihan MotoGP.

"Saya gembira dengan pelantikan ini dan berharap dapat mempamer komitmen terbaik untuk jangka masa yang panjang," katanya.

Dalam perkembangan sama, jurucakap HJC berkata, pihaknya memilih Iannone selaku duta produk kerana percaya pada bakat dan kesungguhan pelumba itu untuk menang dalam setiap perlumbaan yang disertai.

Terdahulu, HJC menegaskan pihaknya turut menawarkan helmet replika bagi HJC RPHA 11 Pro untuk peminat setia jenama tersebut.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Pelumba berusia 17 tahun kelahiran Kuala Terengganu itu yang bertarung sengit dalam kelompok tiga…
Sukan Bermotor
  Berikut merupakan perubahan peraturan teknikal MotoGP 2027;   Enjin bagi kelas MotoGP akan…
Sukan Bermotor
Liberty Media yang telah memiliki F1 sejak 2017 telah membeli MotoGP daripada syarikat Sepanyol…