Perkara itu dimaklumkan Proton menerusi satu kenyataan sebentar tadi.
Proton menjelaskan inisiatif jualan, pemasaran dan penambahbaikan kualiti tetap dilaksanakan mengikut rancangan selain turut giat dalam fasa ujian terhadap SUV dan model pertama dibangunkan bersama Geely yang dijadual dilancarkan suku keempat tahun ini.
Bulan Mac ini sahaja, Proton telah menganjurkan kempen 'My Style, My Drive' di cawangan seluruh negara yang mana tertumpu kepada Proton Iriz.
Pelanggan dijemput untuk memandu uji model hatch back kompak itu dan berpeluang merasai sendiri ciri-ciri baharu yang telah diperkenalkan.
Untuk makluman, Proton Iriz dilengkapi sudut keselamatan untuk memahami aspek-aspek keselamatan bagi model hatchback ini yang telah mendapat penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.
Terdahulu, inisiatif itu diambil bagi memanfaatkan kelebihan dimiliki selepas berkerjasama bersama Geely.