Jualan tahunan Kawasaki Ninja 250 di Indonesia nampaknya jauh meninggalkan Honda CBR250RR.
Untuk jualan dari Mac tahun lalu sehingga Mac tahun ini, sebanyak 5,765 unit Ninja 250 terjual di Indonesia. Honda pula cuma mampu menjual 731 unit model CBR250RR dan Yamaha pula menjual sebanyak 368 unit model R25.
Antara punca kejayaan Kawasaki Ninja 250 ialah enjin baharu 38.4hp yang lebih berkuasa sedikit dari CBR250RR.
Motosikal berkapasiti 250cc ke bawah menjadi pilihan ramai di Indonesia kerana kerajaan negara itu mengenakan cukai mewah atau luxury tax untuk motosikal berenjin lebih dari sesaran itu.