Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Prestige Imports, pengedar kereta mewah di Miami, Brett David mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain.
Oleh kerana beliau mengambil sumber inspirasi daripada Lewis Hamilton, pemandu F1 Mercedes-AMG, beliau mahukan sebuah Pagani Huayra dibina khas berdasarkan warna hijau ikonik Petronas.
Pagani Huayra tempahan khas ini merupakan antara unit terakhir yang bakal mengakhiri produksi Huayra di kilang Itali. Digelar L'Ultimo, kereta pantas ini menggunakan enjin V12 dari Mercedes-AMG menghasilkan 700 kuasa kuda dan 1000 Nm kuasa tork.
Walaubagaimanapun, blok enjin serta beberapa komponen enjin lain merupakan tempahan khas mengikut kehendak Brett David.
Kereta ini bakal hadir di pengedar Pagani Miami pada bulan Jun ini.
Sumber: duPont Registry melalui Autoblog