Pemandu Thai terselamat walaupun kereta remuk ditindih lori treler muatan kacang soya

oleh Mohamad Hanif|
Seorang pemandu kereta dikejarkan ke hospital setelah kenderaan yang dinaikinya ditindih oleh sebuah lori treler dengan muatan penuh kacang soya di daerah Lat Krabang, semalam.

Sepasukan polis dan anggota penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima laporan kemalangan tersebut. 

Mereka terpaksa menutup jalan tersebut buat sementara waktu bagi memudahkan anggota penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. 

 

 

Menurut anggota penyelamat, ketika diselamatkan lelaki tersebut masih di dalam keadaan sedar walaupun di dalam keadaan terhimpit oleh muatan lori treler.

Pemandu lori tersebut, Narong Wongpen yang tidak mengalami sebarang kecederaan memberitahu, beliau sedang memandu di dalam kelajuan sekitar 40 km/j ketika cuba mengelak sebuah motorsikal yang memasuki laluan beliau secara tiba-tiba. 

Beliau kemudiannya hilang kawalan dan lori treler dengan 46 tan muatan kacang soya tersebut terbalik dan menindih sebuah kereta dari arah bertentangan.

Sumber: The Star

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Rompin DSP Nor Azman Yusof ketika dihubungi malam ini dan…
Berita Domestik
Pemandu tersebut dikatakan terlupa untuk menarik brek tangan kereta yang dipandu sehingga kenderaan…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira…