Kemalangan tiga penjuru di Sentosa - tiga lelaki dikejarkan ke hospital

oleh Mohamad Hanif|
Tiga lelaki dikejarkan ke hospital setelah insiden kemalangan melibatkan tiga buah kereta di Sentosa, Singapura semalam.

Keadian tersebut berlaku di Allanbrooke Road menuju ke Cove Avenue pada 4.50 petang semalam. 
 


Salah seorang daripada mereka, pemandu Lamborghini kuning tersebut dikatakan gagal mengawal kenderaan beliau di kawasan had laju 50 km/j lalu terbalik dan melibatkan sebuah Toyota Estima dan sebuah Mini Cooper. 

Pemandu Toyota Estima tersebut turut dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, manakala pemandu Mini Cooper tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan. 
 


Pemandu Lamborghini yang berusia 22 tahun bersama penumpangnya turut dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Menurut pasukan polis, ketiga-tiga mereka berada di dalam keadaan sedar sewaktu dibawa ke hospital. 

Sumber: ChannelNews Asia dan ROADS.sg

Berita Berkenaan

Berita Global
Pada 10 Jun, kerajaan Malaysia telah memotong sebahagian besar subsidi diesel, yang dikatakan…
Berita Global
Keupayaan forensik kenderaan baharu polis telah didedahkan pada Seminar Pelan Kerja Polis 2024 pada…
Berita Global
Menurut Pengarah Komunikasi dan Pelanggan di Tower Transit, Glenn Lim, kejadian tersebut sedang…