Enjin yang digunakan ialah enjin "triple" (tiga silinder) 756 cc dari Triumph. Sebelum ini, siri perlumbaan Moto2 menggunakan enjin dari Honda CBR600RR.
Triumph sendiri dikatakan gembira dengan pencapaian enjin mereka untuk Moto2. Enjin asas itu digunapakai oleh model Triumph Street Triple model 2017.
Dorna, pemilik jenama Moto2 tahun lalu memberikan dua alasan kenapa enjin Triumph digunakan.
1. Enjin Triumph Street Triple memberi fokus kepada tork yang lebih tinggi untuk pecutan, bukan untuk kuasa kuda tinggi pda RPM yang melangit.
2. Selepas World Superbike Championship menggunakan enjin 1,000cc, enjin 750cc 4-silinder semakin kurang menerima penekanan dari R&D
Peminat Triumph pasti gembira melihat perkembangan ini.