Namun begitu, Tesla meminta pemegang saham agar tidak runsing kerana syarikat itu masih mempunyai jumlah tunai yang banyak - US$2.2 billion atau RM8.9 billion.
Jumlah kerugian itu adalah yang paling teruk di dalam sejarah Tesla dan ia telah dijangkakan ole ramai pemerhati industri.
Namun begitu, simpanan tunai Tesla sebanyak RM8.9 billion itu jauh lebih banyak dari apa yang dianggarkan oleh pakar ekonomi.
Ia juga bermakna Tesla tidak perlu meminjam wang untuk membina kenderaan-kenderaan mereka.
CEO Tesla, Elon Musk berharap agar jualan Model 3, sedan EV paling mampu milik oleh syarikat itu akan membantu menaikan keuntungan syarikat.
Malah Tesla bercadang untuk menghasilkan 5,000 unit Model 3 setiap minggu bagi memenuhi permintaan. Tesla melaporkan ia pernah mencapai tahap itu pada bulan Julai lalu dengan membina 5,000 unit Model 3 dan 2,000 unit Model S dan X setiap minggu.
Model 3 yang berharga dalam US$35,000 atau RM142,500 itu masih belum lagi diserahkan kepada pemilik-pemiliknya. Tesla dikatakan akan membina varian premium Model 3 dahulu kerana jumlah keuntungan yang lebih tinggi.
Elon Musk juga berjanji Tesla akan memperkenalkan sistem autopilot yang lebih canggih pada bulan September ini.