BMW 1-Series - semua serba baharu

oleh HEZERI SAMSURI|
Berita mengenai BMW akan melancarkan 1-Series baharu mereka hujung tahun ini bukan lagi rahsia.

Laman web motor1.com menghasilkan satu lakaran yang mungkin menjadi rekabentuk 1-Series 2019.

Ilustrasi yang dilakukan berdasarkan informasi dalaman itu menunjukan gril buah pinggang yang berlainan dari model X2.

Bentuknya juga sudah jauh berbeza dari 1-Series sekarang ini kerana model terbaharu ini menggunakan platform pacuan roda hadapan (FWD), bukan lagi roda belakang (RWD).

Kerana itu, bentuknya lebih dompok dan tinggi seperti A-Class atau Golf.

Dari pengalaman kami, BMW masih mampu memberikan pemanduan yang menarik walaupun menggunakan platform FWD. 

Contoh terbaik ialah BMW 2-Series - walaupun ia sebuah MPV, ia masih lagi boleh dipandu umpama sebuah kereta sport.

Sayang sekali kerana BMW Malaysia masih kurang memberi perhatian kepada mereka yang sukakan perkara sebegitu.

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Angka itu 20 hp lebih tinggi termasuk M2 dengan kotak gear enam kelajuan manual yang…
Berita Domestik
Dijana dengan enjin B48 2.0L turbo yang menghasilkan 208 hp dan 330 Nm serta transmisi 8-kelajuan…
Berita Global
  Dua lagi pilihan ialah enjin diesel turbo B47 (118d) dan diesel turbo dengan mild hybrid (120d…