Teknologi Green Light Optimal Speed Advisory (GLOSA) ini mampu memberitahu pemandu kelajuan yang diperlukan untuk mengelakkan mereka tersangkut di persimpangan lampu isyarat di hadapan, dan menggunakan komunikasi vehicle-to-infratructure (V2I) yang mampu menghubungkan kereta dengan lampu isyarat trafik.
GLOSA sedang diuji secara ekstensif pada F-Pace pada ketika ini, sebagai salah satu bahagian daripada pengujian pemanduan swapandu dan projek pemanduan terhubung.
Teknologi GLOSA ini bertujuan untuk mengurangkan masa yang dihabiskan oleh para pemandu ketika berada di dalam kesesakan lalu lintas, dan direka untuk bekerjasama dengan ciri seperti Intersection Collision Warning.
Intersection Collision Warning merupakan ciri keselamatan berbentuk amaran yang dikeluarkan ketika sistem komputer mengesan keadaan yang tidak selamat untuk melintas sesuatu persimpangan.