Kebanyakan van sebegini dipilih bagi memudahkan pengendalian di jalan bandar, terutama ketika mengharungi kesesakan trafik, dan juga meredah laluan kecemasan yang kadang kala terhalang akibat segelintir pemuda yang pentingkan diri sendiri.
Namun, bagi beberapa buah negara seperti Amerika yang mementingkan segalanya perlulah berdimensi besar, ambulans dibina daripada sebuah casis trak bersaiz medium (Class 3 - Class 6) dengan had muatan maksimum kira-kira 11,000 kg.
Jadi, apakah yang perlu dilakukan sekiranya ambulans/trak bersaiz medium ini tidak lagi digunakan dalam perkhidmatan mengangkut pesakit?
Jadikan ia sebagai sebuah recreational vehicle (RV)!
Pemilik RV ini masih mengekalkan peralatan asal yang ada pada bekas ambulans ini dan menambah keupayaan untuk menunda sebuah 'rumah kecil' di bahagian belakang, termasuklah ciri kamera undur untuk keselamatan.
Saksikan video daripada saluran video Living Big in A Tiny House mengubah nasib sebuah bekas ambulans menjadi sebuah RV yang cantik ini.