Syarikat motosikal Norton berjaya mendapat persetujuan untuk membekalkan 1,000 unit motosikal mereka ke pasaran Jepun.
Perkara ini disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri Jepun yang melawat UK baru-baru ini.
Menurut Ketua Jualan Global Norton, Kay Johnson berkata perjanjian 5-tahun dengan PCI Limited Japan dan melibatkan 1,000 unit motosikal bernilai £5 juta.
Berita ini juga membantu syarikat motosikal British itu memberikan 200 lagi peluang pekerjaan di kawasan ibupejabat mereka di Donington.