Skuter maxi sekarang sudah mula cenderung ke arah prestasi, dan modifikasi yang dilakukan juga lebih fokus ke elemen tersebut.
Antara skuter yang popular di dalam pasaran sekarang ialah Yamaha XMAX 250 - menampilkan rekabentuk garang.
Dari segi prestasi, enjin 250 cc itu mungkin tidak begitu laju tetapi pengendalian Yamaha itu jauh lebih baik dari pesaing lain yang lebih mampu milik.
Untuk Azuddin Ali, apa yang diberikan dalam pakej asal XMAX itu tidak mencukupi.
Berusia 41 tahun dan sudah berumah tangga, Azuddin atau lebih dikenali sebagai Din TBX ini ialah anak Chendering, Kuala Trengganu yang merantau ke Kuala Lumpur.
Dahulu, Din lebih ke arah motosikal kustom dan mungkin kerana itu beliau memiliki sebuah Harley-Davidson Sportster 48.
Mahu berubah angin, Din membeli sebuah XMAX dan dalam masa beberapa bulan sahaja, skuter Yamaha beliau itu berubah wajah.
Jurufoto Shah Adam berjumpa dengan Din dan mempelajari apa yang telah dilakukan kepada XMAX istimewa ini.
Enjin
- Ditingkatkan ke 300cc.
- Modifikasi enjin dilakukan oleh Wak Joi dari Mulisha Scootsport.
Ekzos
- Sistem ekzos lengkap dari Termignoni
Sistem brek
- Angkup Brembo P4 lengkap dengan pam brek 19 RCS19 dan 17 RCS.