Setakat hari ini, tidak ada surat dari mana-mana badan antarabangsa itu yang melucutkan hak AAM.
Semua sukan bermotor yang dianjurkan di dunia sebenarnya perlu mendapat pengesahan dari badan-badan antarabangsa tersebut (FIA - sukan kereta, FIM untuk motosikal dan CIK untuk gokart) dan setiap dari badan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana kerajaan negara.
Mereka juga tidak perlu mengikut arahan mana-mana kerajaan kerana mereka berdiri secara neutral.
Careta meminta pendapat beberapa wakil sukan bermotor tempatan dan laporan berkaitan itu akan menyusul kelak.
Baca berita berkaitan isu ini di pautan di bawah.
https://www.careta.my/article/aam-hilang-kuasa-acara-anjurannya-tidak-lagi-sah