Shahrul Iman bin Sulaiman dari Pahang, yang membeli Ford Ranger XLT Plus berkata “Memenangi Ranger Raptor memang tidak diduga dan pastinya ia kemenangan paling besar dalam hidup saya.Terima kasih Sime Darby Auto ConneXion dan Ford. Saya akan pulang beraya kali ini dengan penuh gaya".
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang menyertai peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” ini. Ia adalah salah satu inisiatif kami dalam memberi ganjaran kepada para pelanggan setia kami dan memastikan pengalaman pemilikan mereka merupakan sesuatu yang mengujakan,” ujar Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion.
Peraduan “Beli Ranger Baharu. Menangi Ranger Raptor” telah berlangsung dari 25 Oktober 2018 sehingga 31 Januari 2019 yang lalu bersempena dengan pelancaran Ford Ranger baharu.
Melalui peraduan tersebut, para pelanggan yang membeli mana-mana varian Ford Ranger berpeluang untuk memenangi sebuah Ranger Raptor. Dengan rekaan kejuruteraan berprestasi tinggi, Ranger Raptor adalah lambang kemunculan unggul sebuah trak dengan penampilan garang dan hebat untuk laluan lasak. Ranger Raptor telah meneroka pasaran baru untuk sektor trak pikap premium, yang pertama dan satu-satunya di pasaran.
Untuk info lebih lanjut atau membaca laporan pandu uji Ford Ranger dari penulis-penulis automotif terkenal Malaysia, lawati laman web pelbagai bahasa SDAC di https://www.sdacford.com.my/bm/cerita-ford