Dengan perlantikan ini, José Muñoz akan bertanggungjawab bagi strategi operasi global serta perlaksanannya.
Fokus beliau adalah bagi menghasilkan pertumbuhan yang menguntungkan dan menambahbaik prestasi keseluruhan Hyundai Motor berdasarkan pengalaman luas yang dimiliki di dalam bidang ini.
Kelulusan dan pengalaman José Muñoz bukan calang-calang, beliau yang berusia 53 tahun dan berasal daripada Sepanyol memiliki Ph.D. di dalam bidang kejuruteraan nuklear daripada Universiti Politeknik Madrid dan MBA daripada Sekolah Perniagaan Instituto de Empresa (IE) di Madrid.
Beliau juga menamatkan program pengurusan eksekutif di Sekolah Pengurusan Cranfield di United Kingdom dan Sekolah Perniagaan INSEAD di Perancis. Beliau juga fasih di dalam bahasa Inggeris, Sepanyol dan Perancis.
Berikut pula ialah pengalaman kerjaya beliau:
- 2018 - 2019: Ketua Pegawai Prestasi dan Pengerusi Nissan China
- 2016 - 2018: Ketua Pegawai Operasi dan Pengerusi Nissan Amerika Utara
- 2014 - 2016: Naib Pengerusi Eksekutif, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Nissan, Amerika Utara
- 2004 - 2014: Pengurus Besar, Nissan Eropah, Pengarah Urusan Nissan Motor Iberia, Presiden Nissan Mexico
- 1999 - 2004: Tugasan Pengursan dalam Pasca Jualan dan Pengurusan Pengembangan Pengedar, Toyota Marketing Europe
- 1996 - 1999: Pengarah Pembangunan Rangkaian, Daewoo Motor Iberia
- 1989 - 1996: Pengedar, Citroën
Dari segi hirarki, José Muñoz akan melapor kepada kepimpinan tertinggi Hyundai Motor Company di Seoul. Beliau mula bertugas pada 1 Mei dan menariknya pejabat beliau bukan di Korea Selatan tetapi di Fountain Valley, California.
Lokasi tersebut disengajakan memandangkan beliau turut dinamakan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dua organisasi iaitu Hyundai Motor North America dan Hyundai Motor America.
Beliau akan bertanggungjawab untuk keseluruhan pasaran Amerika termasuk Hyundai Motor North, Central and South America dengan jawatan sebagai Hyundai Motor Americas Region.
Perlantikan José Muñoz adalah penting bagi memantapkan penyusunan semula perniagaan seperti yang diumumkan tahun lalu melalui penubuhan Hyundai Motor North America selain daripada beberapa lagi ibu pejabat serantau di serata dunia.
Penulis: Muhammad Md Tajudin