Dari kajian mereka, seramai 78 peratus yang tidak pernah memiliki kenderaan dan bakal membeli dalam masa terdekat lebih menyukai rekabentuk sedan.
Pengarah Nissan Amerika Utara, Rob Warren berkata Nissan akan terus menghasilkan sedan kerana pesaing-pesaing mereka sudah meninggalkan kategori tersebut.
"Ini menjadikan produk kami lebih berdaya saing kerana pesaing kami semuanya sudah ke arah SUV atau trak pikap.
Mungkin ini menjadi sebab kenapa Nissan melancarkan model-model sedan baharu mereka dengan rekabentuk yang sangat menarik.
Lihat sahaja Versa atau Almera generasi baharu yang baru dilancarkan bulan lalu di sana - sangat sporty!
* Gambar-gambar ialah dari model Nissan Versa/Almera generasi terkini dari Net Car Show.