"Maka kewajipan itu terpakai kerana mentaati pemerintah selama mana sesuatu arahan yang dikeluarkan dari pihak pemerintah tidak bercanggah dengan al-Quram dan sunnah," terang beliau dalam penerangan Bayan Linnas Siri ke-180: Fiqh Jalan Raya Sempena Hari Raya semalam.
Zulkifli juga menambah bahawa sekiranya tiada sistem dan undang-undang jalan raya, maka akan mengakibatkan kecelakaan kepada diri sendiri, pengguna jalan raya yang lain dan mana-mana infrastruktur awam dan seseorang itu dianggap berdosa di atas kesalahan tidak mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Beliau kemudian memberikan contoh-contoh seperti penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar dan juga topi keledar, peraturan had laju itu adalah bertujuan untuk menjaga nyawa manusia.
"Seperti yang diketahui umum, hifz al-nafs (menjaga nyawa) merupakan antara teras paling utama dalam maqasid syarak,” katanya.