Menurut LEVC lagi, dengan penghasilan sebanyak 2,500 unit TX semenjak tahun 2017, mereka berjaya mengurangkan kira-kira 6,800 tan emisi CO2 berdasarkan kadar emisi model terdahulu, TX4.
Kadar pengeluaran emisi NOx juga dicatatkan berjaya dikurangkan sehingga 99.5 peratus!
Dari segi jumlah jarak sejauh 34 juta kilometer yang telah ditempuh secara kolektif, TX dikatakan menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 850 ribu liter, menjadikan penjimatan kos sebanyak £3.85 juta (RM19.34 juta) atau £100 (RM502) kos operasi untuk seminggu.
Teksi TX hibrid range-extender ini dijual di 20 bandar utama Uk termasuklah Coventry, Manchester dan Edinburg, dengan London merupakan pasaran terbesar LEVC buat masa kini dengan kira-kira 2,000 unit teksi TX beroperasi di sana.
Untuk pengetahuan, kilang produksi TX yang terletak di Coventry, UK merupakan hasil daripada pelaburan sebanyak £500 juta (RM2.6 billion) apabila Geely mengambil alih syaikat asal The London Taxi Company.
Seperti yang disebutkan, ia dikuasakan oleh trenkuasa hibrid elektrik sepenuhnya, manakala enjin Volvo tiga silinder sebaris 1.5 liter (81 kuasa kuda) bertindak sebagai unit penambah jarak (range-extender).
Dalam mod elektrik sepenuhnya, TX mampu bergerak sejauh 129.7 km manakala dengan bantuan range-extender, jarak tersebut boleh ditambah sehingga 607 km.
Selain daripada teksi TX, LEVC juga baru-baru ini telah memperkenalkan kenderaan komersil ringan (LCV) yang menggunakan asas daripada model TX.
Pengenalan LCV ini disasarkan penggunaannya di dalam kawasan Zon Emisi Ultra Rendah di mana ia mampu beroperasi dalam mod elektrik sepenuhnya tanpa dikenakan bayaran.
Baca: LEVC perkenal kenderaan komersil ringan guna platform Teksi London