Di antara kit pengubahsuaian ialah bampar depan dan belakang, gril, peresap depan dan belakang, skirt sisi dan spoiler bumbung.
Sebagai tambahan MS-RT mengenakan sistem ekzos sport tahan karat, roda aloi 18 inci OZ Racing dengan warna gangsa pilihan terhad, stereng kemasan gentian karbon dan interior daripada kulit nappa buatan tangan dan suede.
Selain itu pelanggan juga akan diberikan pek hadiah MS-RT berupa beg yang mengandungi pelbagai produk untuk memastikan van kesayangan berada di dalam keadaan terbaik.
Kit pengubahsuaian ini direka bagi mendapat kelulusan Qualified Vehicle Modifier (QVM) daripada Ford sama seperti model MS-RT Transit Custom.
Selain luaran dan dalaman yang menyerlah, spesifikasi standard van ini terdiri daripada lampu LED dalaman, pek infohibur premium dengan fungsi navigasi dan kamera undur, lampu utama bi-xenon dan pintu gelungsur pada kedua-dua belah sisi.
Untuk pelanggan yang mahu lebih eksklusif, MS-RT menawarkan kelengkapan pilihan seperti sistem ekzos Maxhaust dengan kawalan aplikasi telefon pintar, pelekat grafik rali, muncung ekzos berwarna hitam dan stereng pilihan gentian karbon.
Penghantaran pertama van ini akan bermula pada September depan dan MS-RT turut merancang untuk memperkenalkan versi jarak roda panjang dan double cab dalam masa beberapa bulan lagi.
MS-RT Transit Connect dijual di UK pada harga GBP£23,995 (RM123,522) untuk transmisi enam kelajuan manual dan GBP£24,995 (RM128,670) untuk transmisi automatik.
Penulis: Muhammad Md Tajudin