Jadi, untuk tidak mengecewakan permintaan ramai, Volkswagen kini hadir dengan sebuah crossover berprestasi tinggi untuk pasaran UK, iaitu T-Roc R.
Sebagai sebuah model yang memakai lencana R di penghujung namanya, Volkswagen T-Roc R didatangkan dengan enjin petrol empat silinder sebaris 2.0 liter TSI yang mampu menjana 296 kuasa kuda dan daya kilas 400 Nm.
Kuasa tersebut dipadankan dengan transmisi DSG tujuh nisbah kelajuan sebelum disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4Motion.
Dari segi pecutan, T-Roc R mampu mencapai masa 4.9 saat dari pegun tatkala mencecah 100 km/j dengan kelajuan tertinggi dihadkan kepada 250 km/j.
Crossover segmen B ini didatangkan dengan kelengkapan standard seperti rim aloi Pretoria 19 inci, layangan warna hitam pada bumbung, tiang A dan perumah cermin sisi manakala ciri seperti sistem suspensi adaptif Dynamic Chassis Control (DCC) ditawarkan pada harga tambahan £695 (RM3,611).