Satu lagi identiti istimewa ialah casing luaran telefon pintar ini menggunakan Alcantara® iaitu material yang turut digunakan pada kereta jalanan McLaren. Material itu tahan lasak dan mempunyai cengkaman bagus.
Berbeza dengan model biasa, telefon pintar ini mempunyai perisian istimewa McLaren iaitu grafik perlumbaan pada animasi, tema dan wallpaper.
Skrin kunci memaparkan jam dengan corak minimalis yang diinspirasi daripada instrumen tidak lapuk masa (timeless) papan pemuka kereta McLaren.
Untuk notifikasi seperti mesej masuk dan sebagainya, bahagian bucu skrin akan memaparkan iluminasi lembut warna papaya orange.
Turut istimewa ialah ikon binaan khas yang hanya terdapat pada telefon pintar OnePlus 7T Pro McLaren Edition.
Dari segi spesifikasi, telefon ini dilengkapi pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 855 Plus Mobile Platform, RAM 12GB LPDDR4X RAM dan simpanan 256 GB, UFS 3.0.
Di United Kingdom, OnePlus 7T Pro McLaren Edition boleh dimiliki pada harga permulaan GBP£799 (RM4,343).
Penulis: Muhammad Md Tajudin