Lelaki maut nahas empat kenderaan di PLUS

oleh Mohamad Hanif|
Seorang lelaki maut dan seorang wanita parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 273.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Bandar Ainsdale, pagi tadi.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Kejadian pada kira-kira jam 7.30 pagi itu turut menyebabkan lorong kanan terhalang dan berlaku kesesakan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, kemalangan membabitkan kenderaan jenis Hyundai Starex, Perodua Myvi, Jaguar dan Perodua Axia.

 

“Dua mangsa yang menaiki Perodua Axia iaitu seorang lelaki maut manakala seorang wanita parah.

“Kedua-duanya berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini,” katanya di sini, hari ini.

PLUS menerusi laman Twitter turut memaklumkan semua lorong dibuka semula pada kira-kira jam 11.30 pagi dan trafik semakin lancar.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu…
Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Global
Malah, ia tetap satu kesalahan jenayah walaupun bahan itu tidak diterbitkan langsung di mana-mana…