Penganjuran persidangan ini merupakan sebahagian daripada komitmen Volvo Buses terhadap Program Kolaborasi Industri (ICP) di Malaysia.
Dihadiri lebih daripada 270 orang deligasi dan media, persidangan ini dirasmikan oleh Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke Siew Fook serta Duta Sweden ke Malaysia, Dag Juhlin-Dannfelt.
Persidangan BRT yang pertama ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman pakar BRT, serta menggabungkan aspek pandangan global dengan pengalaman domestik.
Ia juga turut menyentuh soal-soal yang berkaitan dengan implementasi BRT seperti perancangan, tender, reka bentuk, pembinaan, operasi dan juga penyelenggaraan.
Antara tokoh antarabangsa dan tempatan yang hadir menyumbangkan buah fikiran termasuklah:
- Xiaomei Duan - Ketua Jurutera, Institut Penyelidikan dan Reka Bentuk Kejuruteraan Majlis Perbandaran Guangzhou, China
- Yoga Adiwinarto - Pengarah Kejuruteraan dan Kemudahan, PT Transportasi Jakarta (Transjakarta), Indonesia
- Sue Chan - Ketua UITP Asia Pasifik, Hong Kong
- Frits Olyslagers - Pakar Pengangkutan Awam/Institusi, Australia
- Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yasin - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Malaysia
- Ahmad Radhi - Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) APAD, Malaysia
- Stefan Widlund - Pengarah Mobiliti Bandar, Volvo Bus Corporation, Sweden
- Jan Vandooren - Pengarah Mobiliti Urban, Volvo Bus Corporation, Belgium
Menurut Naib Presiden Kanan Volvo Buses, Akash Passey berkata, "Volvo Buses sangat berbangga menjadi sebahagian daripada rakan penganjur persidangan ini.
"Volvo memiliki pengalaman yang luas dalam BRT, malah sistem BRT berkapasiti tinggi pertama di Curitiba, Brazil dicipta dan ditawarkan sendiri oleh Volvo pada tahun 1975.
dari kiri: Dato' Mohamed Hazlan (Prasarana), Akash Passey (Volvo Bus), dan Dato' Zailani Safari (TDA)
"Di Volvo Buses, kami amat yakin sistem BRT akan menjadi infrastruktur pengangkutan paling fleksibel, boleh diskala dan kos yang efisien.
"Justeru itu, kami tidak sabar untuk melihat lebih banyak pembangunan sistem BRT di Malaysia pada masa hadapan.
ICP yang disebutkan di atas dipacu dengan pemerolehan 90 unit bas dua tingkat berjenama Volvo untuk Rapid Bus, dan ini melebihi had sebagaimana yang dijelaskan dalam Polisi dan Garis Panduan Program Kolaborasi Industri (ICP) dalam Pemerolehan Kerajaan (Edisi Kedua).
Technology Depository Agency (DPA) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia yang bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan memantau semua aktiviti pelaksanaan ICP di Malaysia.