Turut serta pada program ujian tersebut adalah juara dua kali World Rally Championship, Marcus Gronholm untuk turun merasai sendiri perkembangan Iriz R5 yang dibangunkan oleh MEM.
Menurut laporan daripada laman Facebook rasmi MEM, Marcus sebenarnya turut terlibat di dalam fasa awal pembangunan Iriz R5 sebelum mencuba sendiri jentera tersebut selama dua hari di Ireland.
Ujian pemanduan dijalankan di beberapa lokasi yang melibatkan sesi laluan yang berbeza, ternyata maklumbalas yang diluahkan oleh Marcus amat positif dan beliau gembira dengan prestasi jentera Iriz R5 walaupun kondisi jalan yang agak sukar.
Malah, pemandu pasukan GRX Team yang mengemudi Toyota Yaris WRC pada musim perlumbaan 2019 turut menyatakan bahawa Iriz R5 sebenarnya sudah pun bersedia untuk bertarung di World Rally Championship berhadapan dengan pengeluar utama kelas R5.
Ini ternyata satu perkembangan yang sangat baik datang dari Mellors Elliot Motorsport untuk para peminat sukan rali dan peminat Iriz khususnya.