Terima kasih kepada laman web automotif The Drive, kini anda semua para pembaca Careta dapat melihat sebuah contoh yang sangat rare di mana sebuah Volvo XC90 telah diubahsuai menjadi sebuah ambulans!
Spesifikasi ambulans ini menggunakan Volvo XC90 T5 AWD (254 hp/350 Nm) dan juga Volvo XC90 D5 AWD (235 hp/480 Nm), di mana sistem AWD telah dipilih bagi memastikan ambulans ini mampu mengharungi apa jua bentuk muka bumi yang terpaksa ditempuh ketika kecemasan.
Segala penampilan mewah yang ada pada Volvo XC90 ini terpaksa dibuang bagi memberikan laluan kepada peralatan medik seperti ruang stretcher, komputer, peralatan bantuan kecemasan, ubat-ubatan dan sebagainya.
Memandangkan berat yang semakin bertambah sebanyak 680 kg, Nilsson menala kembali sistem suspensi supaya ia mampu menampung penambahan berat tersebut dan menjadikan jarak kelegaan tanah sedikit tinggi - 225 mm.
Walaupun sarat dengan kelengkapan medik, Nilsson tidak mengganggu sistem keselamatan asal yang didatangkan pada Volvo XC90.
Sumber: Wikipedia, The Drive, Nilsson Special Vehicles