Secara peribadi, rekaan Honda Civic Type R yang asal ini tidaklah terlalu ketinggalan zaman, dan masih lagi boleh diterima jika ia dipakai selepas 23 tahun, namun mereka di Honda ada idea di sebaliknya.
Jadi, menerusi model konsep Honda Civic Cyber Night Japan Cruiser 2020 ini, mereka cuba menjelmakan kembali Honda Civic EK menjadi sebuah jentera yang lebih moden.
Moden (baca:Cyber) di sini merangkumi banyak perkara, dan di bahagian luar anda boleh lihat penampilan lampu utama dan lampu belakang yang menggunakan elemen LED sepenuhnya.
Rekaan bumper asal Type R yang cantik itu telah diubah supaya ia selari dengan tema Cyber Night dan menampilkan banyak garisan tajam dan lebih agresif.
Cermin sisi asal juga turut digantikan dengan unit yang lebih tirus, manakala rim bersaiz 17 inci pula diperoleh daripada Honda Insight dan diwarnakan hitam sepenuhnya dengan kemasan logo Civic berwarna merah jambu.
Sumber: Car Watch Japan