Langkah ini tertakluk kepada semua 27 buah stesen minyak Shell yang terletak di sepanjang kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Lebuhraya Utara Selatan.
Selain daripada langkah yang disebutkan di atas, Shell Malaysia juga aktif dalam memberikan ganjaran kepada para pelanggannya.
Tahun lalu, Shell Malaysia telah melancarkan beberapa kempen termasuklah Kempen WIN 3 BMW X3 di mana para pelanggan berpeluang membawa pulang 3 unit BMW X3 xDrive30i Luxury.
Untuk tahun 2020, Shell turut memeriahkan suasana dengan kempen "Nak Ekstra RM20,000?" yang berlangsung sehingga 9 Februari yang menawarkan hadiah utama RM20,000 serta 20 hadiah sampingan bernilai RM1,000.