Menurut Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad, Kementerian Kewangan telah mengesahkan tiada kenaikan harga jualan kenderaan yang dipasang secara CKD untuk tempoh satu tahun sehingga 31 Disember 2020.
Menurut kenyataan tersebut, harga jualan atas jalan (OTR) akan kekal disebabkan ketelusan laporan bagi nilai pasaran terbuka (OMV) seperti mana yang digazetkan pada tarikh 31 Disember 2019.
Sebarang kenaikan harga jualan atas jalan akan diserap atau dikecualikan oleh Kementerian Kewangan untuk tahun 2020.
Menurut Datuk Aishah lagi, sebarang perbezaan cukai bagi tahun lalu juga akan turut dinilai oleh MOF dan dilaksanakan serta merta.
Pengiraan baharu OMV ini adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh World Trade Organization (WTO).
Datuk Aishah turut memberitahu pihak pengamal media bahawa untuk tahun hadapan (2021) dan ke atas, pengiraan kadar baharu OMV ini akan memberikan kesan kepada harga jualan, di mana ia berkemungkinan besar menyaksikan kenaikan secara berperingkat, bergantung kepada model.