Menurut satu laporan daripada rakan media Funtasticko, terdapat satu varian baharu yang bakal dibawakan oleh Perodua pada tahun ini iaitu Myvi Style.
Perodua Myvi Style dijangka akan mengikut pakej ala-ala crossover yang dibawakan oleh Axia Style seperti pemasangan cladding plastik, rim yang berkemungkinan lebih besar serta jarak kelegaan tanah yang sedikit tinggi.
Berdasarkan track record terdahulu, kita semua tahu bahawa Perodua memang cukup pandai berahsia sehinggakan tiada sebarang model ujian pun dilihat menjalar di jalan raya Malaysia ini.
Jadi, informasi berkenaan varian Myvi baharu ini sememangnya terhad, namun tunggu sahaja informasi lanjut yang akan kami bawakan dalam masa terdekat.
Sumber gambar: Theophilus Chin