Volvo nampaknya sedang menguji model V90 Cross Country yang difahamkan bakal menerima kemaskini minor sebagai model tahun 2021.
Berdasarkan perhatian awal, tidak banyak perubahan dari segi rekaan luaran dibawakan pada model wagon yang tinggi ini, selain daripada rekaan bumper yang dilindungi oleh pelekat hitam.
Seperti model-model terbaharu Volvo, V90 Cross Country ini juga dijangka akan dipasang dengan sistem infotainmen Android OS, Google Assistant serta keupayaan untuk kemaskini sistem perisian menerusi over-the-air.
Harus diingatkan, tahun 2020 merupakan tahun di mana setiap kenderaan baharu Volvo akan dihadkan secara elektronik kepada 180 km/j sahaja, jadi kemungkinan besar wagon ini akan turut menerima kemaskini yang serupa.