Merangkumi sehingga 44 lokasi, perjanjian tersebut menandakan bahawa jenama cat premium seperti Sikkens dan Lesonal kini diperakui sah digunakan di pusat badan dan cat, pusat servis, pengimport serta cawangan pengedar BMW dan MINI.
Sebagai sebuah syarikat global, AkzoNobel memiliki kepakaran yang tersendiri di dalam bidang cat seperti Mixit™ - aplikasi berasaskan awan yang menawarkan akses kepada lebih daripada 2 juta formula pewarnaan, serta Automatchic™ - spektrofotometer pegang tangan yang mampu mengecat dengan lebih pantas dan lebih jitu tanpa menghasilkan bahan buangan yang banyak.
AkzoNobel juga mempunyai solusi aliran kerja digital Carbeat™ yang mampu meningkatkan keberkesanan pengurusan produksi di samping mengurangkan kitaran masa.
Menurut perjanjian terbaharu itu, AkzoNobel kini digunakan di lokasi-lokasi di seluruh dunia termasuklah Australia, Denmark, Finland, Singapura, Sweden, Thailand, Singapura, UAE, Ukraine dan juga Malaysia.